Isnin, 17 Februari 2014

Do It Yourself: Penyegar Cuka Epal (Apple Cider Vinegar Toner)

Daku sememangnya penggemar apple cider vinegar (ACV) selepas dikenalkan oleh seorang doktor yang pernah merawat daku masa masuk hospital, tahun lepas. Memang banyak rupanya benefit ACV ni. Tapi cerita kebaikan ACV, cerita masuk hospital, atau camne doktor tu boleh suruh daku try ACV ni, bebila nanti lah daku cerita kay.. Sekarang ni nak cerita pasal toner ACV, yang boleh buat sendiri kat rumah. Resepi DIY toner ni daku dapat dari blog Tasty Yummies dan daku dah modified sikit untuk kesesuaian sendiri.

ACV ni memang bagus untuk kulit (especially kulit muka yang senang tumbuh jerawat macam daku ni haa -acne prone skin katanyaaa..). Antara sebabnya kerana ACV besifatkan antiseptik & antibakteria dan membantu mengimbangi PH kulit kita. Bila dah balance, kulit bersih dan tak tersumbat makanyaaaa jerawat pun tiadaaa! Yay!!

Ok so bahan-bahan yang diperlukan:
ACV (Seperti biasa daku guna jenama BRAGG. Korang nak guna brand lain pun takpe tau..)
Minyak tea tree a.k.a tea tree oil (Daku guna brand AIKEN, sbb murah. #senyumlebar)
Air mineral
Botol yang bersih / dah disterilkan

Air Mineral, ACV & Tea Tree Oil

1. Tuangkan mineral water ke dalam botol. 

2. Tuangkan ACV dalam botol yg dah diisi mineral water tadi. Sukatan tu bergantung pada korang. Daku suggest kalau first timer, try masukkan sikit je dulu sebab takut tak serasi dengan kulit korang kan..

3. Masukkan beberapa titik tea tree oil. Nak letak banyak pun boleh. 

4. Tutup botol dengan ketat & goncangkan botol, untuk bagi campuran tu bergaul mesra sesama mereka. Cewahhh..

5. Siap! 

This is my second mixture. So far lepas dah habis sebotol, jerawat mmg berkurangan & cuma datang bila 'setiap bulan pada masa tu'. Parut jerawat pun pudar. Yang paling best husband daku selalu tegur "Muka you macam dah okay sikit eh?" #yay  Daku tak boleh tunjuk gambar before & after, sebab niat daku masa try buat toner ni mmg untuk fight Miss Pimpy yang dah lama jadi rakyat tetap kat wajahku ini. So mmg takde amik gambar ke apa ke.. Ngeeee..

Lebih kurang macam ni la rupa toner ACV. Warna bergantung
pada sukatan ACV korang. 

 Extra Tips 

* ACV ni bau masam tau, dengan lebih detailnya bau lebih kurang stokin yang dah berbulan tak basuh. Seriuss.. #buatmukaserius 

* Tea tree oil tu daku masukkan dalam campuran toner untuk hilangkan bau masam tu. Tea tree oil jugak berkesan untuk kasi halau itu Miss Pimpy. Korang boleh letak lavender oil kalau suka, minyak rosemary.. minyak apa-apa yg korang suka lah. Tapi tak payah la pepandai nak campur minyak dagu ke..minyak senyonyong ke.. Itu ngang namanya.

* Parut jerawat kat muka daku yang pudar tu cuma parut gelap je tau. Parut berlekuk-lekuk mcm jalan tak berturap tu masih ada tau.. Yg itu kena guna Mederma. (Google "mederma")


This is another way for me to save on my cosmetics, sebab kebanyakan bahannya tahan lama & murah. Yang lagi best, it works for me. Hopefully this will work for you too. =)

4 ulasan:

  1. Mana nak cari cuka Bragg tu?

    BalasPadam
  2. Kalau tak campur dgn tea tree oil or whatsoever oil boleh tak? I means air n cuka tu saja? Can?

    BalasPadam
  3. Kalau tak campur dgn tea tree oil or whatsoever oil boleh tak? I means air n cuka tu saja? Can?

    BalasPadam
  4. Kene masuk dalam peti ais ke? Kalo x masukkan dalam peti ais tahan berapa lama ge dekat luar kalo jd kn as toner muka utk setiap hari?

    BalasPadam